Khamis, 8 Disember 2016

Makan-makan Di Dpallet Place, Hulu Langat

Semalam 7.12.2016, tidur di rumah mak Nurul di Taman Melati.Then,bincang-bincang di group whatsapp sekolah rendah ex-student skkg.Sekolah Kebangsaan Klang Gate ler apa lagi.Hehehe..

Tak percaya semalam kejadian tak dirancang akhirnya jd reunion kecil kt restoran member.Restoran member ni jual chilli crab yang sedap tau. Rancangan Jalan-jalan Cari Makan TV3 pernah datang.Suasana sini memang happening sebab dekorasi di sini banyak guna pallet kayu.
Masa baru datang.Sampai pun dah malam pukul 9 lebih. Nurul drive dari Taman Melati bawa hero seorang ni si Harras dan member dua orang Intan dan Izan.Kami je pun. 
Tu dia chilli crab dah sampai penuh sepinggan.Siap baby baring atas meja.Angin malam di situ memang sedap baby boleh lena.

Kan lena...sambil dia tidur boleh la ibunya makan.hehehe.

Member daripada sekolah rendah lagi.Dua orang yang comel ni masih single lagi.hehe

Lastly,sebelum balik bergambar la dulu.Sebelah Nurul tuan kedai jual chilli crab ni.Aini.Birthday dia 7.12.198?? He he he.. Moga panjang umur,murah rezeki,dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia dunia dan akhirat.

Dan lagi..


Antara menu di d'legend crab.

Pada yang minat makan ketam tu boleh bawa family,member datang sini.Sesuai juga nak sambut harijadi,anniversary ke. Best suasana sini.Ada karaoke juga tau kat sini.Restoran ni buka waktu malam tau..siang tak buka..

Kami bertiga je yang lain mungkin ada urusan masing-masing.Maklumlah cuti sekolah ni kan..Tak apalah lain kali ada rezeki boleh reunion lagi...
Moga persahabatan berkekalan dunia akhirat hendaknya..

Rabu, 14 Oktober 2015

opening kedai vape paksu

assalamualaikum,
baru-baru ni hari Sabtu, 10.10.2015,Nurul dan keluarga pergi ke kedai vape paksu kami di Desa Pandan.Opening kedai katanya. Bermula dari 3petang sampai ke pag..tapi kami takdalah melepak sampai ke pagi. Maklumlah ada anak kecil. Maghrib balik daa...
Nama kedai tu cloudy heaven kalau tak silap...kikiki..macam-macam perisa vape jual kat situ..ada mod, barang-barang vape lah senang cerita. Nak explain pun tak expert sangat. Jika nak maklumat lebih lanjut nak beli perisa vape ke mod ke contact je Jay jay 017-2086436.
Semoga business paksu success dan berjaya....
then, lagi satu kedai ni terletak betul-betul depan showroom kereta peugeout di desa pandan.

Rabu, 23 September 2015

Komuniti ex student skkg


Assalamualaikum..
Rindu kawan-kawan sekolah?? kawan-kawan sepermainan masa kecil.Setelah berjumpa kembali macam-macam cerita ya..Ada yang sudah berkeluarga, ada yang masih bujang.
Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Klang Gate, Selangor.Lihat pada batch tu.Tahun 1991 saya darjah 1 sehingga 1996 saya darjah enam. Senang kira kan.Sekarang usia saya pun sudah 31 tahun.Lama betul dah tinggalkan alam persekolahan dan zaman kanak-kanak.hehe..Syukur ditemukan sekali lagi dalam komuniti ini dalam group whatsapp komuniti ex student skkg.

Kali pertama reunion kami di rumah kawan kami Norizan di Setia Jaya.Masa tu kenduri kahwin adik Norizan.Pertama kali jumpa pun tak lah ramai mana tapi meriah la juga.Seronok pun ada sebab jumpa kawan lama.

haa..ni aktivit kami kedua di Tanjung Biru, Port Dickson.Rancang family day masa cuti merdeka hari itu.Tapi saya tak dapat turut serta memandangkan suami bekerja.Tak apa ada rezeki organize lagi.Saya tengok kat sini pun tumpang happy dan seronok.Siap bawa family semua.Makanan pun best-best.hehehe.Tetapi yang penting silaturrahim antara kita.
bergambar sakan naa..tak apalah bukan selalu ye tak dapat peluang macam ni..
Nak potong kek pun gaduh dulu..hahaha..gaduh manja ek..hahaha..dalam gambar ni yang kiri tu Amri, baju merah Hafiza Mawaddah, Nuraini baju coklat, Juliatin baju pink, Norizan tudung grey, yang baju hijau tak silap Intan.Maaf jika saya tersilap.hehe.Baju kuning Fikri dan hujung sekali baju kelabu tu Amirul admin kami.hehehe...
Wah.mentang-mentang pergi pantai..malam-malam pergi tangkap ketam..Rajin ex student skkg ni..hehehe..



bertungkus lumus sediakan makanan.Memang terbaik..Seronoknya jika dapat join sama..

Sebenarnya jika pergi sendiri join sama pasti banyak boleh ditulis dan dicoretkan di sini...hehehehe...tak apalah nanti update lagi..kikiki...Jika ada kesilapan dan kekurangan saya di sini harap dimaafkan.Jika nak perbetulkan dan kekurangan dalam coretan saya ni saya alu-alukan untuk kita memperbaiki kekurangan yang ada.Sekian...
adiosss!!!!




Dah habis program di Port Dickson..di sini pula kami berjumpa.